Posts

Showing posts from June, 2013
Image
Selamat pagi semua... Alhamdulillah hari ni kita dipanjangkan usia sehari lagi.... bersyukurlah wahai anak adam sekalian kerana kita diberikan kesempatan untuk berubah kepada yang lebih baik...   semoga kita sama-sama mendapat syafaat daripadaNya... Cuti sekolah yang lepas membuatkan zana kadang-kadang tidak berkesempatan berehat dan membawa anak-anak bersiar. ye la kan cuti sekolah ramai yang ber holiday... nasib le anak-anak sibuk nak habiskan cuti di kampung bersama datuk dan nenek mereka... zana pun penuhilah permintaan diaorang. Bukan apa kekadang ni biar mereka merasa bagaimana ibu mereka membesar di dalam suasana kampung, betapa nikmatnya berbanding mereka tinggal semuanya batu bata belaka... semoga memberi keriangan buat anak-anakku... cantik kan sejuk je mata yang memandang, pandai betul si camera ni memosingkan pic nyaaa...tq ye...

Happy Birthday Adik ku

Image
Assalamualaikum.. Dimulai dengan bismillah hirrahmanirrahim.... Hari ni kalau dulu-dulu masa semua berada di kampung pasti akan buat sambutan untuk keluarga sahaja. mesti dapat berkumpul semua dan meraikan hari lahir ahli keluarga zana, tapi disebabkan masa dah semakin jauh ni, semua adik beradik bersama keluarga masing-masing.. ehhh melalut pula ye zana, sebenarnya hari ni hari lahir adik zana yang ke -3, zana mempunyai 4 beradik sahaja, adik zana ni yang ke-3 dalam keluarga... selamat hari lahir buat adik ku Siti Zawani Binti Ab Rakki, semoga dirimu dilindungi Allah SWT selalu,semoga tabah dan ceria mengharungi kehidupan.. semakin bertambah usia, semakin mematangkan diri dan semoga menjadi mama yang terbaik dan semoga lebih berjaya lagi di masa hadapan..   daaaa... dan sekarang dah ada bby sendiri....  ni la ahli keluarga zana... dan yang terbaru ni..pertambahan ahli keluarga haaaa... ni la baby zara zulaika.... ...
Image
Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Amin Ya Rabbalalamin... bersyukur kita sebab diberi kesempatan bernafas lagi di hari yang indah ini. Lama sudah kita tidak bersua, jadual zana agak sibuk kebelakangan ini. Apapun hati ini tetap gembira dan bahagia menjalankan aktiviti harian. Aku belajar diam dari banyaknya bicara. Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan. Aku belajar mengalah dari suatu keegoisan. Aku belajar menangis dari kebahagiaan. Aku belajar tegar dari kehilangan Hidup Adalah BELAJAR....... Belajar Bersyukur Walaupun tak Cukup, Belajar Ikhlas Walaupun Tak Rela, Belajar Taat Walaupun Berat, Belajar Memahami Walaupun Tak Sehati, Belajar Sabar Walaupun Terbeban, Belajar Setia Walaupun Tergoda, Belajar Memberi Walaupun Tak Seberapa, Belajar Mengasihi Walaupun Disakiti, Belajar Tenang Walaupun Gelisah, Belajar Percaya Walaupun Susah, Belajar dan Terus Belajar... Belajar sampai pada akhirnya Allah yang menyempurnakan.. Aamiin!! Janganlah pernah ...

MENCARI SINAR BARU.........

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi.... Lamanya zana tidak memblog ni... sebelum tu kemaafan zana mohon sebab kekangan masa yang teramat membuatkan diri ini tidak sempat untuk mengisi juadah di blog kepunyaan ku ini.... Bagaimana anda hari ini? semoga perjalanan kehidupan kita berjalan lancar..amin semoga dipermudahkan... Di minggu cuti sekolah ni zana sibuk sikit dengan tempahan-tempahan kenduri... ini antara yang sempat zana kongsi bersama..jom kita lihat.. jug cake -  fruits cheese cake coklat rose oren cupcake coklat - goodies oreo coklat -  survenier meeting red velvert cupcake- nurul azian untuk suami tersayang cupcake coklat - pertunangan mazita assoted cupcake- jualan amal