HANTARAN ADIK BONGSU KU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Semoga kita sentiasa di bawah Rahmat Nya. Moga hari pekerja (1 Mei) ini membawa kegembiraan buat semua, Kekalutan jua sejak beberapa hari ini bagi diri zana, Kursus ke KL terus Ke Melaka dan baru je balik terus perah idea untuk siapkan set hantaran adik bongsu zana, adik yg sorang ni je lelaki, 3 beradik lagi kami semua perempuan, jadi sebagai kakak2 kami semua bertungkus lumus menyediakan dulang untuk adik bongsu kami hehehehe. Sempena birthday dia juga nak buat majlis pertunangan ni, alhamdulillah segala berjalan lancar walaupun semua kepenatan, biasa la kalau kenduri kendara dirumah, tuan rumah yg paling letih. bila dah selesai baru terasa semua itu. jom kita intai , mana tahu deco yg tak seberapa ni boleh memberi idea kepada kalian semua, semoga dengan ikatan ni dapat mengekalkan hubungan kalian berdua, doaku sebagai kakak semoga perhubungan ini akan kekal hingga dihari ijabkabul nanti....