Posts

Showing posts from April, 2015

SELAMAT PAGI SEMUA..CERIA-CERIA HENDAKNYA...

Image
ASSALAMUALAIKUM SELAMAT PAGI SEMUA.. Semoga hari ni memberi manfaat pada semua, dan hari ini juga diharap lebih baik dari semalam. Hari ni zana nak kongsi bersama antara kek bulan mac ni yang tak sempat di kongsi sebelum ni... jom kita lihat... kepada yang berminat boleh oder ye... Happy Birthday untuk semua... semoga happy menyambut hari ulangtahun anda...

KUIH CARA MANIS

Image
Assalamualaikum dan selamat petang Mudah -mudahan persahabatan yang terjalin antara kita ini membawa seribu harmat dan keberkatan buat semua. Petang begini pasti ramai yang boring sambil menanti kepulangan suami tercinta dan anak-anak tersayang... moga kalian semua bergembira dan bahagia disamping keluarga tersayang. Jom jenguk dapur zana hari ni idea apa ye untuk minum petang.. Kawan-kawan ada idea tak???? kadang-kadang buntu kan apa yang perlu disediakan untuk makan bersama minum petang nanti... Jom hari ni zana nak buattt.....  RESEPI KUIH CARA YANG SENANG SANGAT  RESEPINYA...Jom kita buat ramai2 untuk minum petang hari ni.. Bahan-bahan: 1 cawan tepung gandum 1 cawan santan/susu segar (jangan pekat sangat kalau santan) 1 biji telur ayam beberapa helai daun pandan (dibuat jusnya) atau senangnya pewarna hijau. sedikit garam marjerin utk gris pada acuan gula sebagai inti Cara-cara :...

HAPPY BIRTHDAY ZARA ZULAIKA

Image
SEMOGA ALLAH MERAHMATI KAMU ANAK KECIL Baby Zara Zulaika dah 2 tahun rupanya,  Pejam celik dah besar anak dara sorang ni, zara ni anak sedara zana,  Anak sulung adik zana, zawani.  Semoga zara menjadi anak yang solehah, anak yang baik, pintar dan berjaya suatu hari nanti  dan dapat menjaga ibu bapa bila besar kelak. Baru hari ni dapat memblog n bercerita sikit tentang zara. anak kecil ni memang petah berceloteh, memang meriah dengan mulut pot pet dia, membuatkan semua tersenyum kalau mendengar dia bercerita,  Panjang pula zana cerita ye, sebenarnya zara baru je menyambut hari ulangtahun kelahirannya, yang tak boleh tahan tu siap request lagi kat zana nak kek olaf heeeee,Dia ni peminat tegar Olaf, dalam cerita Frozen tu, kalau free n hati gembira tu mesti nyanyi sekeliling rumah tok dengar let it go......... let it go...satu rumah dengar heeee... buat zana tersenyum sorang teringatkannya. ini la olaf kesayangannya....bulat2 jom kita kongsi sikit...

KEMBALI SEKALI LAGI KHAS BUAT TOK MAK DI KL

Image
Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Amin Ya Rabbalalamin... bersyukur kita sebab diberi kesempatan bernafas lagi di hari yang indah ini. Lama sudah kita tidak bersua, jadual zana agak sibuk kebelakangan ini. Apapun hati ini tetap gembira dan bahagia menjalankan aktiviti harian mari kita sama-sama belajar belajar masak pun belajar juga kan...  jom sama-sama belajar masak. menu hari ni simple je tapi memang mabelosssss...terbaek lah katakan Szling Yee Mee Bahan-bahan: 2-3 sanggul (gulung) yee mee 5 ulas bawang putih 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa 3 biji cili kering- potong 2 2 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap pekat 1/2 in halia- hiris nipis Serbuk lada hitam garam- secukup rasa Beberapa titik Minyak bijan 1 sudu besar Tepung jagung- d...
Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilalhi kerana kita berkesempatan bertemu dalam blog ni lagi.... syukurlah dengan nikmat ALLAH S.W.T yang diberikan kepada kita sebagai hamba yang serba kekurangan. Jika suatu saat fikiranmu diliputi kekalutan,atau hatimu dibayangi kesedihan,atau keluarga dan hartamu meninggalkanmu maka jangan sesekali merasa putus asa kerana boleh jadi ALLAH S.W.T telah mempersiapkan disebalik kebaikan yang banyak bagimu.......amin   Dalam musibah itu terdapat empat seni,iaitu mencari pahala dari ALLAH,berkawan dengan kesabaran,berzikir dengan baik,dan menunggu kelembutan dari ALLAH S.W.T. Hari ni zana jadi promoter pulak ye, jangan marah... mudah-mudahan kita mendapat barakah... RENUNGAN BERSAMA.... Gunakanlah produk halal keluaran islam Mencari yang halal itu fardhu AIR MINERAL SALSABIL adalah salah satu produk keluaran Muslim, Dapatkan dipasaran.... AIR MINERAL SALSABIL m...

SELAMAT PAGI MORNING MORNINGGGGG

Image
Lama sudah dah bersua rindunya pada kengkawan semua, diharap semuanya sihat hendakNya. Ya Allah... Jika hari ini diantara kami yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya Ya Allah.. berilah kesembuhan untuknya, kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan... Ya Allah... Jika hari ini ada diantara kami yang kesulitan rezeki, mohon mudahkanlah dan bukankan jalan rezekinya Ya Allah kerana hnya Engkau Maha Pemberi Rezeki... Ya Allah... Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan  menghadapi unianmu... mohon kuatkanlah ia untuk mampu berahan dan bersabar dan hiburkanlah ia dengan penuh kurnia Mu, kerana janjimu yang tak pernah kau ingkari... setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan... Ya Allah...  mohon ampunlah segala dosa dan khilaf kami dosa kedua ibu bapa kami, dosa ahli keluarga kami, guru-guru kami dan org yang berbuat baik kepada kami... amin Ya Rabbal alamin....