KEMBALI SEKALI LAGI KHAS BUAT TOK MAK DI KL
Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Amin Ya Rabbalalamin... bersyukur kita sebab diberi kesempatan bernafas lagi di hari yang indah ini.
Lama sudah kita tidak bersua, jadual zana agak sibuk kebelakangan ini. Apapun hati ini tetap gembira dan bahagia menjalankan aktiviti harian
jom ramai-ramai mencuba. zana pasti anda akan menyukainya... sebab sebelum ni family dan kawan2 zana akan mencari menu ni di tesco tapi sekarang tidak lagi, air tangan ibu juga peberet mereka..jom la cuba, rugi kalau tak cuba.....

mari kita sama-sama belajar
belajar masak pun belajar juga kan...
jom sama-sama belajar masak.
menu hari ni simple je tapi memang mabelosssss...terbaek lah katakan
Szling Yee Mee
Bahan-bahan:
- 2-3 sanggul (gulung) yee mee
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
- 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
- 3 biji cili kering- potong 2
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1/2 in halia- hiris nipis
- Serbuk lada hitam
- garam- secukup rasa
- Beberapa titik Minyak bijan
- 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
- sedikit minyak utk menumis
Cara-cara
- Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
- Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
- Masukkan 2 cawan air.
- Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
- masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
- Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
- Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
- Akhir sekali, masukkan yee mee-
- Biarkan sebentar & hidangkan panas2
jom ramai-ramai mencuba. zana pasti anda akan menyukainya... sebab sebelum ni family dan kawan2 zana akan mencari menu ni di tesco tapi sekarang tidak lagi, air tangan ibu juga peberet mereka..jom la cuba, rugi kalau tak cuba.....
Comments
Post a Comment