KEK OREN CHEESE MOIST
Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Jom kita sama2 ingat mengingati....
1. Mandi Sunat
2. Menghias diri,memakai pakaian yang baik dan
memakai wangi-wangian.
3. Memotong kuku
4. Membaca Surah al-Kahfi
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `AtiQ." (Riwayat Al-BaihaQi)
5. Memperbanyak doa
6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."
Semoga kita bersama mendapat manfaat di hari jumaat yang mulia ni, rugi andai kita terlupa.... amin mudah-mudahan.....
Hari ni ana cuti jadi agenda sudah berpusing di fikiran apa yang ingin dimasak untuk keluarga tersayang, disamping tu juga peluang cuti ni ana ambil untuk merelisasikan......perhhhh ayat tak boleh tahan hehehe... sebenarnya teringin ja nak makan kek oren yang basah-basah dan lembap dimulut....perhhhh kalau dapat makan ni apa nak dikatakan... dah banyak hari ingin mencuba, tapi sibuk bekerja ni membataskan ana nak buat, jadi hari ni ambil keputusan mesti buat juga heee...
Bukan bermaksud lain ye teringin ni hehehehe.... teringin nak makan je lagipun diakhir syawal ni biasa le akan terbayang macam2 di fikiran..... mmmmmm sedapnya kalau dapat makan..jadi selepas je menyiapkan juadah makan tengahari, ana pun mulakan projek kek oren ni..
Sebenarnya dua minggu lepas dah cuba satu resepi kek oren moist, menjadi tapi tak macam yang dibayangkan difikiranku... kek oren tu biasa2 je...moist tapi tak basah dan bercream gitu... jadi kali ni cari dan olah lagi dan akhirnya keputusan yang amat memberangsangkan..hehheeee memang yang terbuku difikiran kek ni la yang dok teringin ni... akhirnya...
jom lah kalau nak cuba... kek ni diolah dari kek keju gebu dan juga
Cotton Soft Japanese CheeseCake dari rakan blog hana. terima kasih ye hana, tapi ana edit sikit jangan marah ye..
Bahan-bahannya :
BAHAN A :
250 g cream cheese
50 g butter
150 ml susu segar(fresh milk)
6 biji kuning telur
3 sudu besar pati oren sunquik
1 biji oren ( ambil jus dan parut kulitnya)
1/4 sudu kecil garam
100 g tepung kek
50 g tepung jagung BAHAN B :
6 biji putih telur
140 g gula caster
sedikit cream of tartar ( kalau x ada pun x pe)
Cara -caranya :
- Cairkan Cream cheese + butter + susu segar secara double boiler. apabila sudah cair, sejukkan.
- kemuadian dalam bekas yang lain campurkan kuning telur + jus oren + pati oren + kulit oren + garam + tepung kek dan juga tepung jagung. Gaul sebati adunan tersebut, jangan berketul-ketul okey.
- Dalam bekas yang lain pula mixerkan putih telur + gula + cream of tartar sehingga menja soft peak (bertanduk)
- Last sekali campurkan kedua adunan tersebut A + B , kaupbalikkan sehingga sebati keduanya.
- Sediakan tin/ acuan kek yang berukuran 9 inci, griskan bawahnya dengan butter dan lapiskan dengan kertas baking.
- Tuang adunan kedalam acuan
- Bakar kek secara waterbath ( acuan kek di dalam dulang yang berisi air) pada suhu 160-165 degress C.
- Bila dah masak, sejukkan dan nikmatilah ia....mabelessss memang lembut dan bercream.

Comments
Post a Comment