HUJAN RAHMAT

Assalamualaikum dan selamat pagi semua....

        Alhamdulillah hari ini hujan rahmat menemani kita semua sepanjang pagi..amin. Kawasan rumah dan tempat kerja ana hujan turun dengan lebat sekali, bermula tengah malam semalam. memang membuatkan semua sdap je zzzzzzzzz..... best kan, tapi tanggungjawab janganlah diabaikan, tak dapat le nak zzzzzzzz... sebab pagi2 dah sibuk dengan anak2 dan suami sebelum pergi kerja.




Bersyukurlah kita dipagi hari dapat menikmati suasana hujan, berbanding dengan tempat lain yang kering kepanasan. Moga kita dapat menilai apa itu" bersyukur" dalam diri kita sendiri.



           Hari ini anak ana yang sulung cuti sekolah atas sebab kelasnya digunakan untuk pelajar yang menduduki UPSR, buat ibu-ibu yang anaknya mengambil UPSR zana doakan semoga anak-anak kalian semua Berjaya dengan cemerlang amin......

           Selesai semua tugasan pagi seorang ibu, akhirnya dapat berehat sebentar bersama blog tersayang. berceloteh panjang pula kan ana ni. sebenarnya nak berkongsi dengan kengkawan semua, pagi ni sarapan ana kacang pool dengan roti bangali..hehehehe mabelesss tak????Bila cerita je kacang pool ni, selalu tengok kat dalam fb, google dan blog ramai yang memperkatakan tentang kehebatan kacang pool haji di Johor...best ke? teringin nak rasa, tapi jauh nun di selatan sedangkan ana di utara.........perhhhh jauh tu nak pergi bekpest tu hihihiiii. akhirnya dengan niat murni di hati atas sebab keinginan untuk makan kacang pool ni ana pun mencubakan diri ....apa orang kata cuba try test...heeee. Jom kita cuba sama-sama. memang best le kacang pool ni macam yang diperkatakan. sedap.... hubby ana pun cakap best rupanya kacang pool ni kalau makan dengan roti... ok lagi satu nampaknya tambahan koleksi resepi ana... jom la cuba....

KACANG POOL


yang ni la ana beli dan gunakan dalam resepi ni, puas juga mencari, biasanya pasaraya besar-besar ada dijual kacang pool ini.



inilah menu yang ana cuba, resepi seperti berikut :

Bahan-bahan :

Bawang merah
Bawang putih


blender.

1 sudu besar ketumbar
1 sudu jintan kasar


sangai, pastu kisar kering.

sedikit minyak

Dua-dua di atas tumis sampai naik bau.

1/2 peket daging ayam kisar 

Masukkan daging ayam kisar, masak sehingga empuk

1 tin kacang foul (pool)
 - 1/2 tin dikisar, 1/2 tin lagi biarkan sebiji-sebiji tu, masuk terus dalam periuk.


Rasakan garam dan gula.

Untuk hiasan :

Potong bawang besar dadu
Hiris nipis cili hijau
Limau kasturi (untuk perahan, kasi masam sikit.. sedap)
Telur goreng mata
Roti sapu butter




Comments

Popular posts from this blog

KEK OREN CHEESE MOIST

RAJA DURIAN KEMBALI LAGI...DURIAN OH DURIAN