Posts

Showing posts from 2013

BUAT SEORANG AYAH

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi  Semoga semuanya sihat2 belaka ye Hari ni ana nak berkongsi cerita dengan anda tentang apa ye? emmmmm... nak cerita tentang ayah la, sebab baru 2 hari lepas ana sambut birthday ayah kat kampung, seronok tengok ayah gembira, majlis yang tak dirancang pun tapi meriah apabila anak2, menantu dan cucu2 semua balik bercuti. SELAMAT HARI LAHIR AYAH Ya Allah… Hindarkan ayahku daripada segala kepayahan yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan dan pengalaman yang menyedihkan di sepanjang tahun² yang akan datang ini . Kurniakan kepadanya keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindungnya dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, panjangkan umurnya dalam keimanan, sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan akal juga berikan dia kesenangan harta benda yang penuh keberkatan. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahannya, dan terimalah segala kebaikannya dan Rahmatilah kehidupannya dunia dan akhira...

SELAMAT HARI LAHIR

Image
Selamat hari lahir....selamat hari lahir... untuk yang mnyambut hari lahir pada bulan Oktober ni saya ucapkan selamat hari lahir, moga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berjaya di dunia serta akhirat...amin. begitu juga buat :  AREEFA YASMEEN Selamat hari lahir aunty ucapkan semoga menjadi anak yang solehah...dan berjaya di dalam pelajaran harap yasmeen suka ye... ini permintaan beliau nak kan anggy bird dan juga princess...   dan yang ni pula untuk adik MUHD ATHAR TAQIUDDIN,  aunty ucapkan semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam pelajaran permintaan adik ni nakkan boboboy tapi tak de, jadi tanya bapanya... cars pun ok alhamdulillah cars ada... harap suka ye... okey apapun aunty harap kalian berdua menyukainya...HAPPY BIRTHDAYYYYY.....
Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilalhi kerana kita berkesempatan bertemu dalam blog ni lagi.... syukurlah dengan nikmat ALLAH S.W.T yang diberikan kepada kita sebagai hamba yang serba kekurangan. Jika suatu saat fikiranmu diliputi kekalutan,atau hatimu dibayangi kesedihan,atau keluarga dan hartamu meninggalkanmu maka jangan sesekali merasa putus asa kerana boleh jadi ALLAH S.W.T telah mempersiapkan disebalik kebaikan yang banyak bagimu.......amin   Dalam musibah itu terdapat empat seni,iaitu mencari pahala dari ALLAH,berkawan dengan kesabaran,berzikir dengan baik,dan menunggu kelembutan dari ALLAH S.W.T. Hari ni zana jadi promoter pulak ye, jangan marah... mudah-mudahan kita mendapat barakah... RENUNGAN BERSAMA.... Gunakanlah produk halal keluaran islam Mencari yang halal itu fardhu AIR MINERAL SALSABIL adalah salah satu produk keluaran Muslim, Dapatkan dipasaran.... AIR MINERAL SALSABIL minuman untu...

HUJAN RAHMAT

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua....         Alhamdulillah hari ini hujan rahmat menemani kita semua sepanjang pagi..amin. Kawasan rumah dan tempat kerja ana hujan turun dengan lebat sekali, bermula tengah malam semalam. memang membuatkan semua sdap je zzzzzzzzz..... best kan, tapi tanggungjawab janganlah diabaikan, tak dapat le nak zzzzzzzz... sebab pagi2 dah sibuk dengan anak2 dan suami sebelum pergi kerja. Bersyukurlah kita dipagi hari dapat menikmati suasana hujan, berbanding dengan tempat lain yang kering kepanasan. Moga kita dapat menilai apa itu" bersyukur" dalam diri kita sendiri.            Hari ini anak ana yang sulung cuti sekolah atas sebab kelasnya digunakan untuk pelajar yang menduduki UPSR, buat ibu-ibu yang anaknya mengambil UPSR zana doakan semoga anak-anak kalian semua Berjaya dengan cemerlang amin......          ...

KEK OREN CHEESE MOIST

Image
       Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Jom kita sama2 ingat mengingati....          1. Mandi Sunat          2. Menghias diri ,memakai pakaian yang baik dan                 memakai wangi-wangian.          3. Memotong kuku          4. Membaca Surah al-Kahfi                               Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,                "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `AtiQ." (Riwayat Al-BaihaQi)              5. Memperbanyak doa ...