Posts

Showing posts from 2012

SENYUM....SENYUM..

Image
Assalamualaikum... Selamat pagi dan diharap semua ceria sentiasa... Mulakan hari anda dengan senyuman, sebab senyum tu kan satu ibadah, senyum tu satu sedekah. zana suka kata-kata ini, mari kita sama-sama renungkan.... ' Orang bahagia dan gembira tak semestinya dia tersenyum tapi.... Orang yang tersenyum, insyaallah dia bahagia dan gembira" renung-renungkan dan selamat beramal.... disebabkan semua dah tersenyum, zana hadiahkan   1 resepi untuk kita kongsi bersama...jom semak.. PUTERI AYU Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) ) 5 biji telur (saiz kecil) 250gm tepung gandum 300gm gula 2 camca teh ovallate 1 camca teh baking powder 250ml santan Pewarna hijau, merah dan kuning 1 camca teh esen vanila Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi) Cara-cara Panaskan kukusan. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, pa...

CERIA DI PAGI HARI

Image
Assalamualaikum... Hai hello hello hello.... selamat pagi semua... semoga pagi ini memberi kecerian pada semua...dan agar kita mendapat keberkatan hingga ke malam hari..amin Pagi ni mood sempoi aje..simple n stady, semua dah brekpest dah ke? harap sebelum menjalankan tugas..jom kita bekpest dulu jom. untuk pengetahuan anda, jom kita baca dulu anda dalam ketogari mana ye? Secara amnya, corak pemakanan sarapan pagi kita terbahagi kepada 3 jenis:- (i) Sarapan pagi berunsurkan karbohidrat ( Carb-based breakfast) Setiap pagi, hidangan berunsurkan karbohidrat ini akan mengakibatkan kenaikan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. Badan kita kemudiannya respon dengan mengeluarkan insulin dalam kadar yang besar. Insulin ini kemudiannya akan menyingkirkan gula dalam darah kita dan menukarkan lebihannya menjadi lemak.  Kesannya; paras gula dalam darah akan menurun dan menyebabkan kita makan lebih banyak makanan berunsurkan karbohidrat.  Kadar putaran seperti ini akan ...

RAJA DURIAN KEMBALI LAGI...DURIAN OH DURIAN

Image
Assalamualaikum... Jom kita makan durian... meriah betul sejak kebelakangan ini di sebelah utara tanahair, durian bersepah2 di sana sini... satu longgok (5 - 6  biji) Rm 4.00 la, 1 Beg plastik hitam RM10.00 la, sampai ada rm0.60kg  lelong lelong... jom kita makan durian... pada penggemar raja buah ni...apa tunggu lagi? jom makan ramai-ramai. selain dimakan begitu saja boleh dimakan dengan pulut dan sekarang tengah glamor dengan 'durian crape', Apa kata jom kita sama-sama try  buat durian crape... Resepi durian crape ni zana dapat dari blog kak ita  masam manis , terima kasih kak ita sebab kongsi resepi ni pada semua penggemar durian crape... DURIAN CREPE  250 gm tepung gandum 3 biji telur 500 ml santan 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh pandan emulco 1 sudu teh pewarna hijau   Satukan semua bahan di atas di dalam bekas Masukkan dalam blender dan kisar Kemudian tapis atau CREPE 40 gm tepung gandum 40 gm tepung ...

KENDURI DI HUJUNG TAHUN 2012

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua..          Alhamdulillah di pagi yang penuh barakah ini, kita berkesempatan menghirup udara yang segar, menikmatai keindahan ciptaan Allah SWT, semoga kita menjadi umatnya yang bersyukur.amin                  November yang sentiasa meriah di setiap tahun kembali lagi...meriah dengan ramainya anak2 sebab dah mula cuti sekolah dan meriah juga dengan kenduri kendara yang tak putus-putus jemputannya, ramai yang melangsungkan ikatan perkahwinan, uda dan dara pastinya inginkan yang terbaik dalam majlis mereka.        Dikesempatan ini akak ingin mengucapkan selamat bertunang, selamat pengantin baru dan selamat bercuti semoga kalian semua berbahagia hingga ke akhir hayat...        Antara yang dapat akak siapkan untuk semua, harap dengan penyediaan ni dapat memeriahkan majlis anda, semoga berpuas hati hendaknya. cup cake tunang farh...

HARI YANG MENDUNG DAN KESEJUKAN

Image
Assalamualaikum Selamat petang semua, hari ni mendung je, dari semalam lagi hujan tak berhenti-henti. waktu2 begini kesihatan anda perlulah dijaga terutama anak-anak anda. si kecil kalau hujan saat seronok mereka, boleh bermain air, teringan zaman kanak2 dulu, kita pun macam tu juga kan..seronok klu dapat bermain hujan ni, tapi bila dah demam ibu juga yg susah... teringat balik time tu x fikirnya perasaan ibu...tapi bila dah merasa sekarang, baru tau macam mana perasaan seorang ibu yg sayangkan anaknya... dah berceloteh panjang plak ye... hujan ni pekena sup panas2 ok jg... antara menu yang boleh di kongsi bersama : SOTO AYAM... BAHAN-BAHAN : ½ ekor ayam (berat 900 g) } dipotong 2 300 g nasi himpit segera } direbus selama 2 jam kemudian sejukkan 1 sudu besar rempah serbuk sup Adabi 2 sudu besar minyak untuk menumis 9 cawan air atau secukupnya garam secukup rasa Bahan-bahan untuk menumis 3 cm kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 2 kunt...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Lama sudah tidak menjenguk blogku ini, wah wah wah..meriah tengok sambutan hari raya kawan2 tahun ni.. pelbagai acara, pelbagai juadah yg terhidang di atas meja, tapi kena ingat tau... makan berpada-pada..kesihatan perlu di jaga. semua tu untuk orang2 yg kita sayang disekeliling kita Kat tempat keje kite pun da juga open house ni..jom kita tengok meriah ke tak? kebanyakkan menu di masak sendiri bergotong royong, penat le sikit tapi seronok.. first sekali mesti la kek dari empunya diri...emmmm kek butter n coklat moist + cup cake buah2an... semoga semua suka... antara menu lain yg di hidangkan ...emmmm boleh menambahkan berat badan ni..... jemput makan semua..heee...meriiiiiiiiiiiiiiiiiiahhhhhhhhhhh sangat... dan ni lah org2 yg menjayakan program ni...heeeee

SUKA SUKI

ASSALAMUALAIKUM... Selamat petang semua...

REUNION KAWAN2 SMTK

Image
assalamualaikum semua... BESI itu kuat, tapi API mampu meleburnya. API itu kuat, tapi AIR mampu memadamkannya. AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyejatnya. ... AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya. ANGIN itu k uat, tapi BUKIT mampu menghalanginya. BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya. MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukkannya. NAFSU itu kuat, tapi IMAN mampu mengalahkannya. tapi bila IMAN KUAT, TIADA APA YANG MAMPU MENGALAHKAN NYA. #Ya Allah kuatkanlah IMAN kami dimana saja kami berada.... Aamiin ya-Robbal A'lamiin alhamdulillah semoga kita dapat menjalani kehidupan seharian kita dengan lebih baik lagi... Baru - baru ni, ex-student sek lama zana adakan reunion, jadi setelah sekian lama tidak bertemu akhirnya bersua jua, zana doakan semoga ikatan persahabatan kita kekal hingga akhir hayat... cup cake yang aku buat khas untuk kawan-kawanku buah anggur yang dikirim oleh kawanku - Mohd Fadil Di harap pertemuan pertama kita ini ...