CERIA DI PAGI HARI

Assalamualaikum...

Hai hello hello hello.... selamat pagi semua...
semoga pagi ini memberi kecerian pada semua...dan agar kita mendapat keberkatan hingga ke malam hari..amin

Pagi ni mood sempoi aje..simple n stady, semua dah brekpest dah ke? harap sebelum menjalankan tugas..jom kita bekpest dulu jom.
untuk pengetahuan anda, jom kita baca dulu anda dalam ketogari mana ye?

Secara amnya, corak pemakanan sarapan pagi kita terbahagi kepada 3 jenis:-


(i) Sarapan pagi berunsurkan karbohidrat (Carb-based breakfast)

Setiap pagi, hidangan berunsurkan karbohidrat ini akan mengakibatkan kenaikan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. Badan kita kemudiannya respon dengan mengeluarkan insulin dalam kadar yang besar. Insulin ini kemudiannya akan menyingkirkan gula dalam darah kita dan menukarkan lebihannya menjadi lemak. 

Kesannya; paras gula dalam darah akan menurun dan menyebabkan kita makan lebih banyak makanan berunsurkan karbohidrat. 

Kadar putaran seperti ini akan berulang 2-3 kali dalam sehari; yang mana akan menganggu organ kita seperti pankreas untuk berfungsi sebaiknya. Sekiranya ini berlaku secara berterusan, pelbagai penyakit lebih mudah terjadi seperti diabetes, berat badan naik secara mendadak dan juga penyakit darah tinggi.

(ii) Tidak mengambil sarapan pagi (Skipped breakfast)

Bagi mereka yang memilih untuk tidak bersarapan, paras gula dalam darah akan menurun secara mendadak sehingga di bawah paras normal. Ini kemudiannya mengakibatkan anda berasa sangat lapar dan tidak bertenaga. Kesannya, badan akan respon untuk mengambil karbohidrat untuk mengatasi rasa lapar dan keletihan yang dirasai.

Karbohidrat yang diambil ini 
akan mengakibatkan kenaikan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. Badan kita kemudiannya respon dengan mengeluarkan insulin dalam kadar yang besar. Insulin ini kemudiannya akan menyingkirkan gula dalam darah kita dan menukarkan lebihannya menjadi lemak.

Kesannya juga sama seperti mereka yang mengambil sarapan pagi berkarbohidrat.


(iii) Sarapan pagi sihat (Healthy breakfast)

Bagi mereka yang mengambil sarapan yang seimbang, akan membekalkan cukup nutrisi penting untuk kesemua organ badan tanpa menyebabkan peningkatan paras gula dan insulin dalam badan. Ini membuatkan badan kita lebih respon mengatakan anda sudah kenyang dan tidak lagi memerlukan makanan ringan yang tidak sihat seperti snek, coklat dsb. 

Kesannya, badan akan membakar kalori dan menghasilkan tenaga daripada lemak-lemak dari tubuh badan kita. Dan, ini dapat membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan. Yea!

Jadi bagaimana..anda kini termasuk dalam golongan yang mana?


adakah pilihan anda menu ini :












atau ini...













atau ini ....?????


hah mana satu pilihan kalbu?
fikir-fikirkan sejenak untuk diri kita sendiri..
siapa lagi sayangkan diri kita kalau bukan kita sendiri...
renung-renungkan dan selamat beramal..mmmmm

jadi untuk memulakan hari yang ceria hari ini,
zana akan kongsi resepi ini, zana pun dapat dari internet
dan buat untuk keluarga alhamdulillah semua sukakannya...


PAN CAKE BEST



BAHAN :
3 sudu besar butter( dicairkan)
1 biji telur
1 cawan fresh milk
1 sb gula caster
Secubit garam
1 ½ cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
Honey or strawberry jem or coklat

CARA:

Campurkan semua bahan n blenderkan hingga sebati
Panaskan pan n bakar
Siap di hidang bersama honey or jem kesukaan anda…
zana letak coklat n strawberry sbb kesukaan anak zana...
selamat mencuba........








Comments

Popular posts from this blog

KEK OREN CHEESE MOIST

RAJA DURIAN KEMBALI LAGI...DURIAN OH DURIAN

HUJAN RAHMAT