2012 moga menceriakan hidup kita semua...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, dah lama kasih tak menjenguk dalam blog ni, banyak yang perlu diselesaikan dan dimulakan. apapun kasih doakan kita semua sentiasa di berkati Allah SWT dalam melalui kehidupan seharian di tahun baru ini.....

Kita berada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang Sempurna untuk dicintai.. Tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang Belum Sempurna.. Dengan cara yang Sempurna


Jangan pernah BERHENTI BERHARAP kerana dalam hidup ini pasti ada sesuatu yang indah buat kita semua..

hari ni kasih nak kongsi bersama sarapan untuk anak2 pg tadi:

(sbb puteri sulungku sangat menggemarinya, jd kasih letak le nama ni... heee)














APAM PUTERIKU

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan. 




Comments

Popular posts from this blog

KEK OREN CHEESE MOIST

RAJA DURIAN KEMBALI LAGI...DURIAN OH DURIAN

HUJAN RAHMAT