SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum semua



Harap pagi ni semua sihat dan diberkati Allah SWT.
juga semoga kita sentiasa dipermudahkan segala urusan...amin

Hari ni zana free jadi sempat le memblog kan diri kejap heeeee
Selamat hari guru pada semua guru2 yang banyak berbakti kepada anak bangsa.
Pekerjaan guru merupakan ibadah, jadilah guru yang penuh keikhlasan dalam membentuk anak2 sekarang.
Memang menjadi guru zaman sekarang ni sangat2 mencabar, itu zana tak nafikan, zaman sekarang muridnya lebih maju dari cikgu... tak macam kita dulu2... hormat sangat guru lepas tu takut guru...betul tak kawan2. kita dulu2 kalau kena rotan kat sekolah mana berani balik report kat mak ayah, compom kena balik, berbeza dengan zaman sekarang bukan kata rotan jentik pun kena report, habis tu macam mana nak mengajar kalau sampai menegur pun payah... pelik kan zaman sekarang ni....huhuhuuuuu

Teringat dulu2 masa zana jadi cikgu, memang seronok sangat time sambutan hari guru ni, meriah.... anak murid dan guru sama2 melakukan aktiviti sambutan...masa tu zaman bujang, anak dara lagikan.. heeeee memang cikgu pujaan hati anak murid la katakan (wekkkk perasan le plak kan) gurau je.. time muda dulu semua suka betul tak, bila dah tua2 cam gini dah ketepi dah heeee

Banyak betul bungkusan hadiah dan flower2 yang diterima, siap surat pun dapat lagiiii... memang membuatkan diriku tersenyum sendiri bila kenangn terbayang diingatan... manisnya waktu itu... 

Alhamdulillah sekarang bila dah bergelar ibu, zana faham perasaan anak2 yang sibuk nak belikan hadiah untuk cikgunya. Jadi sempena sambutan hari guru tahun ni zana akan belikan hadia, kertas pembalut dan bunga, dan akan bersama anak2 membungkusnya, mula lah mendengar celoteh diaorang, ada yang nak bagi pada guru BM, ada yang nak bagi pada guru MATEMATIK dan sebagainya... tersenyum je tengok gelagat mereka, kalau boleh semua nak dibalutnya untuk diberi pada cikgu sampai si adik yang pra sekolah pun tak senang duduk sibuk nak juga...nak bagi pada cikgunya... hai la anak, jangan risau mama dah sediakan untuk kamu 2 beradik. 

Panjamg pula celoteh pagi ni, apapun selamat hari guru pada semua terutama kawan2 zana yang bergelar guru, sabarlah dalam membentuk anak2 syurga ini... mudah-mudahan kalian diberkati Allah SWT. SELAMAT HARI GURU SEMUA...






Comments

Popular posts from this blog

KEK OREN CHEESE MOIST

RAJA DURIAN KEMBALI LAGI...DURIAN OH DURIAN