BIRTHDAY MY LOVE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA,

Lama sudah tidak ku jenguk blogku ini, maaf ye semua, sebenarnya zana baru je balik dari berkrusus kat Kuala Lumpur, biasa le  kerje ni bila diarahkan terpaksalah jua meninggalkan keluarga,
zana baru je beberapa hari lepas balik, letih pun tak abis lagi, pa pun nak juga berceloteh sikit heeee menghilangkan rasa boring n tension ni....
Alhamdulillah masuk je bulan Mac ni, keluarga zana happning sikit sbb 1hb birday hubby zana dan 21hb tak lama lagi birthday putera bongsu zana, puteri zana lambat sikit bulan june ni, tapi pa pun zana junga yg terlewat disember come true heheee... last2 penghujung tahun... org dah tak berapa nak ingat dah...(sidisnya..)

ok lah di kesempatan yang ada ni zana ucapkan selamat ulangtahun buat suami zana, semoga kebahagian mengiringi kita bersam hingga akhir hayat...sayang sedikit ucapan buatmu...


Terima kasih kerana menjadi kekasih yang setia...
Terima kasih kerana menjadi sahabat sejati...
Terima kasih kerana menjadi pendegar setia 'DJ radio buruk'..hihiihi
Semoga kita melalui hari2 seterusnya dengan penuh keberkatan, Insyaallah hingga ke akhir hayat....Amin - Husni Saaban


carrot cake with cheese 













ini je yang sempat sayang buatkan sempena bday my hubby untuk kenduri kat opis... lontong  dan carrot cake dengan cream cheese... harap my hubby suka kannya...


di sini zana nak kongsi nak masak kuah lontong... jom le try ...

KUAH LONTONG

Tapi pastikan rebus nasi impit dulu ok... heeeee]

Sayur Lodeh - Kuah Lontong

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis *sedikit belacan - jika suka
  • *2 sk jintan kasar - sangar
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis atau kuah kacang,,, best try le...


Comments

Popular posts from this blog

KEK OREN CHEESE MOIST

RAJA DURIAN KEMBALI LAGI...DURIAN OH DURIAN

HUJAN RAHMAT