RAINBOW CUPPIES

Assalamualaikum dan salam 1  Malaysia buat semua

Salam Maulidur Rasul juga buat semua,

Dalam menghabiskan aktiviti di hujung minggu yang panjang ini, banyak juga perisian yang boleh kita kongsi bersama.. jom kita sama2 kongsi resepi yang saya baru try test.. alhamdulillah menjadi..
Terima kasih buat blog masam manis dan beberapa blog lain lagi...




rama- rama terbang menhisap aie teh... hihihi... sbb rama-rama minum petang,
mari kita kongsi bersama...

BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKE



11/2 cwn tepung gandum
2 sdk baking powder
Secubit garam garam
1/2  cwn butter ~ suhu bilik
3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)
1sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilAyakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.



Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek



Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Cara membuat rama-rama
Potong permukaan cupcake dengan pisau
Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian 
Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong
Kemudian susunkan permukaan kek untuk membentuk rama-rama
Letakkan manik sebagai badan rerama

dah boleh minum petang bersama family tersayang... selamat mencuba....







antara manu2 lain yang sempat kita tonton...


Comments

Popular posts from this blog

KEK OREN CHEESE MOIST

RAJA DURIAN KEMBALI LAGI...DURIAN OH DURIAN

HUJAN RAHMAT