NI PUN SUKA-SUKA

Salam sayang buat semua,

JIKA KEJAHATAN DIBALAS KEJAHATAN, MAKA ITU ADALAH DENDAM. JIKA KEBAIKAN DI BALAS KEBAIKAN ITU BIASA. JIKA KEBAIKAN DI BALAS KEJAHATAN ITU ZALIM NAMANYA. TAPI JIKA KEJAHATAN DIBALAS KEBAIKAN , SESUNGGUHNYA ITU SATU SIKAP YANG MULIA DAN TERPUJI





mari kita sama-sama berkongsi resepi ini...jommmmm

OREO CUPCAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan.
  2.  Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  3. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup . 
  4. Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 
  5. Sejukkan atas jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

KEK OREN CHEESE MOIST

RAJA DURIAN KEMBALI LAGI...DURIAN OH DURIAN

HUJAN RAHMAT